Monday, December 7, 2015

Japan Story - Week 6



Satu lagi minggu baru di Negara Matahari Terbit. Aku sudah kembali di Toyonaka, Osaka di rumah Abang Amin dan Kak Ari. Beberapa hari pertama masih lagi dalam fasa peralihan dari kehidupan kawasan pedalaman ke kawasan bandar. Sesungguhnya bila terlihat kebun-kebun sayuran kecil di Osaka, sedikit getaran terasa dalam hati. Aku rindukan Sonobe, Kyoto.


30 November 2015 (Isnin)

Jam 4 lebih aku sudah terbangun. Semalam awal juga aku tidur, tidur pun selesa dengan alat pemanas kerosene terpasang melawan suhu sejuk. Setelah subuh aku cuba tidur balik tapi nda dapat. Sakit badan aku kalau tidur lama-lama. Aku pelik orang yang dapat tidur berjam-jam tu, nda sakit ka badan dorang tu ah?

Aku stay ja lah di bilik, menunggu hari siang sambil mendengar musik melalui earphones. Aku bingkas bangun apabila mendengar anak-anak buah mula sibuk bersedia hendak ke sekolah. Aku cuci lagi baju aku hari ni, baju-baju sejuk yang lama nda bercuci, balik-balik ja pakai masa di Sonobe. Sementara menunggu giliran aku mencuci Kak Ari minta aku buang sampah ke tempat pengumpulan khas. Hari ni hanya sampah "burnable" (kertas dan sisa makanan) sahaja boleh dibuang. Tempat pengumpulan ni nda jauh pun, selepas kawasan parking lot di rumah dorang ni ja.

Jadi orang pertama yang membuang sampah. 


Rumah dalam pembinaan tu masa aku pergi ke Sonobe, cuma ada tapak ja. Masa aku balik dalam 3 minggu kemudian, mau siap sudah! Punya la laju!


Matahari pagi dengan suhu 7 darjah selsius. 


Rumah Abang Amin dan Kak Ari. Tingkap atas tu lah bilik aku berada.


Setelah selesai menggambar dalam kesejukan aku pun masuk ke dalam dan memulakan cucian aku. Aku biarkan dulu anak-anak buah mandi dan bersedia untuk ke sekolah. Setelah mereka pergi barulah aku mandi dan bersiap. Hari ini aku merancang untuk ke Hattori Ryokuchi Park pasal aku nampak di Google Map macam besar saiz taman ni. Hahaha pilih pasal besar ah...

Setelah bersarapan nasi putih, ayam gulai dan sayur campur, aku menyediakan roti dan epal sebagai bekal makanan aku untuk ke taman. Menurut Google Map, berjalan kaki ke Hattori Ryokuchi Park mengambil masa selama 57 minit dari rumah. Aku suka jalan jauh-jauh ni sebab kira senaman la juga...

Aku memasang Google Map dan mula melangkah mengikut arah yang ditunjukkan. Dalam perjalanan terjumpa tempat orang jual sayur. Dorang main letak ja sayur, letak harga dan bekas duit. Jadi orang kalau mau beli, ambil ja sayur tu dan masukkan duit dalam bekas. Adui punyalah jujur orang-orang sini. Kalau di Malaysia entah-entah bekas duitnya hilang, sayur-sayur sekali kena kebas.

Tempat jual sayuran.



Aku sampai di tempat yang dituju lebih kurang jam 10.20 pagi. Di sana baru aku tahu ada muzium pula iaitu Open-Air Museum of Old Japanese Farm Houses. Hari Isnin tutup, jadi masuk wish-list la muzium ni hari ni. Ni yang aku suka mengembara ni, tanpa banyak search di Google boleh jumpa macam-macam sendiri...


Mukadimah untuk entry pasal muzium... Entah bila dapat masuk blog. Tunggu aku pegi sana la, baru la kan.

Aku pun meneruskan langkah, melihat papan tanda tertulis Flower Beds, jadi aku menghala ke sana. Ianya merupakan satu tempat yang ditanam bunga-bungaan mengikut jenis di tempat berasingan.



Peta Hattori Ryokuchi Park.


View landskap di bahagian Flower Bed di Hattori Ryokuchi Park.


Bunga berwarna-warni menghiasi taman.


Bunga ros pelbagai jenis dan warna boleh dilihat di sini.

Antara arca-arca yang ada di sini.

Beautiful in any sides.

Setelah puas menggambar, aku pun berehat sekejap menikmati bekal yang aku bawa. Makan roti ja dulu...


Makan di bawah sinaran mentari memang siok betul di musim sejuk.

Selepas makan aku menuju ke East Central Square, dataran di pintu masuk timur dengan arca "Daydream".

Arca "Daydream" di East Central Square. Fountain ni kalau musim sejuk nda kena on...


Aku nda juga guna Google untuk tahu apa lagi yang ada di Hattori Ryokuchi Park ni. Aku tengok peta dan dengan sifat ingin tahu semulajadi aku, aku memilih untuk pergi ke tempat yang paling hujung dalam peta. Dalam perjalanan aku terhenti kerana ternampak suatu shrine jadi aku pun menaiki tangga untuk melihat-lihat.

Tangga menuju ke shrine.

Bangunan utama.

Bangunan utama dikelilingi pokok-pokok dan juga batu-batu nisan.

Aku meninggalkan shrine, terasa badan aku ditolak dari belakang seolah menghalau aku dari sana. Hehe keras juga tempat ni (jangan ikut pulang, sudah). Turun dari tangga, aku akhirnya aku sampai di tempat yang ditunjukkan peta. Tempat itu sebenarnya Hattori Ryokuchi Arboretum atau pun taman botani yang betul-betul hanya bersebelahan shrine tadi.

Papan tanda Hattori Ryokuchi Arboretum.

Dari pintu pagar sudah terlihat preview keindahan taman botani tu nanti. Pokok-pokok dilabel dengan nama Jepun dan juga nama saintifik mereka.

View selepas masuk pintu pagar.

Pokok-pokok mapple.

Kena berjalan lagi rasanya dalam 50 meter dari papan tanda dan pintu masuk tu untuk ke kaunter tiket masuk ke taman botani. Yuran masuk adalah sebanyak 210 yen atau RM 7.30.

Selain tiket (yang warna pink tu), aku kena bagi juga peta taman botani.

Menuruni tangga selepas membayar yuran masuk, mata terus dijamu dengan keindahan taman botani.




Aku memulakan lawatan di taman botani Hattori Ryokuchi ni dengan menghala ke sebelah kiri laluan yang disediakan. Aku merancang hanya mengikut sahaja laluan tersebut sehingga semua laluan yang ada di taman aku lalui.

View panorama di Hattori Ryokuchi Arboretum. Padang luas di tengah digunakan orang ramai untuk berpiknik.

Terdapat juga lost maze, tapi pokoknya rendah dan laluannya mudah. Lebih sesuai dipanggil limpas maze. Berjalan lagi dan terus dijamu keindahan...



Subhanallah! Warna-warna yang cantik hasil dari pokok-pokok yang terdapat di taman.

Pemandangan sebegini dengan burung berkicauan, terasa sungguh aman!


Pokok-pokok pine yang menguning.

Apa lagi, ni la masanya untuk selfie!!!


Nda ku campin berselfie ni tau...

Aku mencari satu tempat duduk yang disinari mentari dan menghadap sungai buatan lalu makan epal yang aku bawa. Indah betul perasaan tu, makan dengan dilimpahi cahaya mentari sambil mendengar bunyi air mengalir. Terdengar juga kicauan burung-burung yang banyak terdapat di bahagian ni. Sorga!

Bunyi air mengalir yang menenangkan. 


Macam epal paling sedap aku makan pasal environment ni...
Sesudah kenyang makan epal aku pun meneruskan penerokaan taman botani ni. Di sini terdapat juga satu tempat pengeringan tumbuhan. Masuk ja tempat ni hidung terus terhidu bau yang macam kenal tetapi berbeza. Pelbagai jenis tumbuhan kering mengeluarkan aroma berbeza.

Bunga-bungaan, herba dan pelbagai lagi dikeringkan, menghasilkan aroma yang sukar digambarkan.

Di taman botani ni aku ternampak juga pondok tukang kebun yang cantik. Bahagia tukang kebun di sini dengan pondoknya...

Pondok di atas bukit. Macam kabin kayu...

Aku terus meneroka taman botani. Terus menikmati pemandangan yang terbentang di hadapan mata. Apa yang seronoknya di sini, kerusi-kerusi panjang diletakkan di kawasan-kawasan strategik untuk pengunjung. Jadi pengunjung boleh berehat, makan dan minum sambil menikmati pemandangan.


Aduhai cantiknya...

Sungai buatan dikelilingi dedaunan pine luruh.


Warna-warni ciptan Ilahi.


Contrast!


Red mapple leaves!


Pokok yang ditopang dahan-dahannya. Di Malaysia, siap la kau, kena gergaji sudah.


Sumber sungai buatan.


Bathing in the sun.


Jalan menghala ke laluan-laluan berbeza.

Tempat terakhir yang aku kunjungi di Hattori Ryokuchi Arboretum adalah sebuah bangunan dengan climate control. Untuk tumbuh-tumbuhan tropika la ni...

Gagak menanti...


Bunga raya, orkid dan pelbagai lagi tumbuhan tropika.


Suhu aras tanah tidaklah terlalu panas, suam-suam ja.


Dua jenis orkid.


Pokok kaktus pun ada. Panas betul suhu di tingkat atas ni.


Pelbagai jenis orkid yang sangat cantik.

Setelah puas melihat-lihat tumbuhan, aku meninggalkan Hattori Ryokuchi Arboretum dengan perasaan sangat berpuas hati. Berbaloi sangat pengalaman yang aku dapat dengan yurannya yang hanya 210 yen!

Aku bergegas pulang ke rumah. Memang aku sudah sedia setkan masa untuk berada di taman botani tu supaya sempat aku solat zuhur di rumah. Tapi dalam kelam kabut berjalan kaki pulang pun sempat lagi ambil gambar batu nisan yang comel.

Batu nisan berbentuk Pikachu! Pasti sedih ibu bapa yang beli batu nisan ni untuk anak mereka kan...

Hampir sejam berjalan kaki aku pun sampai di rumah. Aku segera menunaikan solat zuhur dan menanti solat Asar. Sesudah asar, aku pun keluar semula. Berbasikal ke supermarket yang aku rindui; Gyomu untuk membeli ayam dan ikan untuk Kak Ari. 

Hari yang panjang bagi aku, badan pun rasa sakit-sakit sedikit sebab banyak berjalan dan ditambah dengan berbasikal lagi. Aku memang mau berterusan terus aktif begini. Tapi mulai esok sehinggalah Sabtu, aku kena berada di rumah untuk membantu Kak Ari dengan bisnes makanannya.


01 Disember 2015 (Selasa)

A very uneventful day... Kekadang aku suka hari begini. Hari yang aku nda mau buat apa-apa, cuma berehat sahaja. Blog pun nda payah tulis panjang-panjang hehehe. Memang tiada aku rancang apa-apa aktiviti hari ni, cuma mau tolong Kak Ari petangnya untuk packing makanan.

Selepas subuh aku tidur balik. Dapat la sejam lebih tidur balik, mungkin kepenatan berjalan kaki dan berbasikal semalam. Aku membawa alat pemanas turun ke bawah. Habis sudah minyaknya jadi pegi refill la dengan minyak kerosene yang berada dekat mesin basuh di luar. 

Minyak tanah untuk alat pemanas. Option lebih murah berbanding alat pemanas elektrik.
Selepas itu banyak waktu pagi aku habiskan untuk memilih gambar dan menaip entry blog hari Isnin.

Hari ini aku bersarapan kurang sihat... mee segera buatan Thailand. Rindu pula aku mau makan mee Maggi tau...

Mee segera perencah tomyam udang. Sedap!

Selepas solat zuhur dan makan tengahari berlaukkan ikan bakar dan sayur campur tumis aku pun tidur. Tidur tanpa alat pemanas, cukup dengan dua lapis selimut, aku tidur lena. Punyalah lama sudah aku nda tidur siang lama-lama. Rasa sangat segar bila terjaga.

Jam 4.13 petang. Hari semakin senja...
Sesudah maghrib aku menolong Kak Ari membungkus makanan untuk rombongan pelajar-pelajar dan guru dari Malaysia yang membuat lawatan ke Jepun. Pesanan untuk 17 orang dari hari ini sehinggalah Sabtu. Alhamdulillah, murah rezeki Kak Ari dan Abang Amin.

Menu: Nasi putih, ayam masak sambal dan sayur campur dengan buah oren sebiji.

Abang Amin sedang membantu pembungkusan.

Selepas siap aku menunaikan solat isyak di bilik dan kemudian terus turun semula untuk makan malam. Menu makan malam, telur masak sambal (pasal ayam tinggal saki baki, jadi goreng telur masuk dalam kuah hehehe) dan sayur campur. Memang sedap sambal Kak Ari masak tu... 

Menu makan malam.

Aku masuk tidur awal pasal Kak Ari minta bangun jam 3 pagi.


02 Disember 2015 (Rabu)


Aku terbangun sebelum alarm pada handphone aku berbunyi jam 3 pagi. Selepas melawan mamai sekejap, aku segera cuba membangunkan Kak Ari. Pintu biliknya tertutup rapat, jadi aku telefon menggunakan Whatsapp. Kak Ari cuma respon "Ok", jadi aku pun masuk balik ke dalam bilik, selimut ditarik dan ku tidur balik hehehe.


Aku terjaga semula dan melihat mesej Whatsapp, Kak Ari meminta tolong buat kerja 1 jam lalu! Aku segera bingkas bangun dan turun ke bawah. Abang Amin ketika itu sedang sibuk membuat sandwich dan Kak Ari pula sedang masak di dapur. Kak Ari pun meminta aku membungkus ayam masak kicap ke dalam plastik. Setelah siap, aku diminta membungkus sayur campur yang baru dimasak pula. Menu bento untuk rombongan pelajar dan pengiring dari Putrajaya hari ini adalah sandwich tuna, nasi putih berserta ayam masak kicap, sayur campur dan buah oren untuk makan tengahari dan ayam masak lemak dan sayur kubis untuk makan malam.


Aku berhenti sebentar membantu Kak Ari untuk solat subuh dan turun semula membantunya. Alhamdulillah urusan pembungkusan kami semua berjalan lancar.


Yang ada senduk tu lauk dan sayur untuk makan malam, dan yang dalam kotak tu sandwich tuna dan buah oren.

Bento nasi putih, ayam masak kicap dan sayur campur.

Aku dan Abang Amin bertolak dari rumah menuju ke tempat penginapan rombongan Malaysia tu di Moriguchi, Osaka pada jam 6.10 pagi.



Alam masih kelam, sejuk masih menusuk, namun tempahan masih perlu sampai tepat pada masanya.

Jarak dari rumah Abang Amin dan Kak Ari ke tempat penghantaran adalah sejauh 20 km atau 29 minit melalui Chugoku Expressway. Kadar tolnya adalah sebanyak 510 yen atau RM 17.50.

Kami tiba di tempat yang di tuju iaitu Osaka Mori House sebelum jam 7 pagi. Kami disambut seorang lelaki yang menjadi pengiring kepada pelajar-pelajar SMK Putrajaya Precint 11 (1) yang membuat lawatan ke Jepun.

Osaka Mori House yang terletak di Moriguchi.


Setelah selesai urusan penghantaran kami pun berangkat balik ke rumah. Dua kali juga kami salah masuk jalan. Dan yang lucu satu ketika kami berbaris sikit punya lama di belakang sebuah lori dan van. Rupanya dorang parking di siring jalan, begitu juga kenderaan-kenderaan lain yang turut sama parking. Hahaha kalau Abang Amin nda perasan, sampai berkulat la kami ikut berbaris di sana...

Dalam jam 8 lebih jugalah kami sampai di rumah. Abang Amin kena keluar lagi sebelum jam 9 pagi kerana ada gotong-royong di universiti. Aku diminta Kak Ari untuk membuang kotak kadbod dan juga produk plastik ke tempat penggumpulan sampah. Baru kami tahu hari Rabu adalah hari untuk buang kotak kadbod dan juga plastik. Ni lah kalau negara maju, sampah penduduk yang kena asingkan. Bukan main longgok ja sesuka hati di siring jalan atau buang ke dalam sungai.

Sarapan pagi seperti biasa mestilah sama dengan menu bento. Nasi putih dengan ayam masak kicap dan sayur campur. Masa berlalu pantas, sesudah bersarapan Kak Ari dan Abang Amin mengajak ke Gyomu Supermarket di Minoo. Dorang mau shopping barang-barang untuk tender makanan rombongan Malaysia tu. Aku turut beli beberapa barangan iaitu mee udon, labu kecil dan pisang. Aku ingin cuba masak udon sendiri. Labu kecil tu aku mau tiru cara Keiko masak iaitu main goreng ja dan pisang tu sebagai snek aku.

Dalam perjalanan balik Abang Amin singgah beli minyak kereta. Dia singgah sebab murah pula harga minyak tu. Di sini harga minyak sentiasa berubah, mungkin kerana harga pasaran, mungkin kerana persaingan. Tiadanya perlu tunggu setiap awal bulan mau tau harga minyak naik ka turun.


Pam minyak tarik dari atas, tu yang tulis 127, 117, 97 tu harga minyak semasa yang dorang jual.

Kami pulang ke rumah setelah siap membeli barangan. Sesampainya aku di rumah, solat zuhur, aku keluar sekali lagi berjalan kaki ke kedai 100 yen berhampiran Stesen Hotarugaike. Aku ingin mencari penapis kain yang membolehkan aku menghasilkan sup jernih untuk udon aku nanti. Oleh kerana sudah berulang kali ke sana, perjalanan lebih kurang 25 minit itu tidak terasa.

Pertama sekali ketika aku berada di kawasan berdekatan Stesen Hotarugaike adalah pergi ke Supermarket Coop-Kobe untuk mencari nenas dalam tin yang Kak Ari pesan. Setelah memastikan memang ada kena jual di sana, aku pun pergi ke satu lagi supermarket  yang berdekatan untuk membandingkan harga. Ternyata harga di Supermarket Coop lebih murah.

Aku kemudiannya pergi ke kedai 100 yen untuk mencari penapis kain. Tapi tiada pula kena jual di sana. Aku cuma beli non-slip mat yang Abang Amin kirim dan juga satu sikat untuk Kak Ari dan anak-anak, pasal aku kesian tengok dorang pakai sikat yang layak sudah kena buang.


Setelah membeli dua tin nenas aku pun membiarkan kaki aku melangkah. Jalan punya jalan bertemu dengan laluan yang aku kenal. Jalan ke supermarket Gyomu Hotarugaike! Oh berdekatan pula kedai 100 yen dengan supermarket ni. Aku pun apa lagi, terus melangkah pergi ke sana.


Agak lama juga aku pusing-pusing dalam supermarket tu. Pelik bah hobi aku kan, pusing-pusing dalam supermarket tengok barang. Di bahagian makanan laut ternampak ikan kena jual murah, dua ekor ikan besar kena jual 580 yen (RM 19.90). Memang murah... Rasanya lebih murah dari harga ikan di Papar, Sabah yang macam palui tu.


Nampak dalam gambar macam kecil tapi besar ni... 2.5 kali panjang tapak tangan.

Aku nda beli pun ikan ni... Saja mau tunjuk yang makanan di Jepun ada juga yang murah dan ada juga yang setara dengan Malaysia. Aku pun terus melangkah pulang ke rumah. Sampai di satu construction site ni, seorang sekuriti guard menuju ke tempat aku. Rupanya dia bertanya, ada supermarket dekat-dekat sini ? Dia cakap Jepun, nasiblah aku faham. Aku cakap, ada... belok belah kanan. Dua ja perkataan aku cakap sama dia; hai (ya) dan migi (kanan) sambil tangan aku menghala belah kanan. Nasib dia faham juga apa yang aku cuba sampaikan. 

Ni kali kedua la orang Jepun tanya sesuatu sama aku. Pertama sekali masa di rumah Keiko, ada orang mau hantar surat untuk Keiko dan dia mau pastikan dia di alamat yang betul. Lama juga dia cuba berkomunikasi dengan aku, masalahnya aku nda tau nama keluarga Keiko. Tapi aku tengok alamat tu betul sudah, dan dia balik-balik sebut Keiko. Aku pun yakin surat tu untuk Keiko jadi aku mengiyakan memang sini lah ni. Dia pun letaklah surat tu dalam peti surat.


Sambung cerita perjalanan balik aku ke rumah dari Supermarket Gyomu. Perjalanannya akan melimpasi Konan Home Center, tempat aku beli but getah beberapa minggu lepas tu. Aku rasa aku belum bagi gambar kedai ni jadi inilah dia...


Konan Home Center. Cari barangan DIY, toiletries, pakaian kerja dan bermacam lagi pergi sinilah.

Aku sampai di rumah, mula merebus ikan bilis untuk dijadikan stok untuk mee udon aku. Setelah maghrib aku pun cuba masak mee udon aku buat pertama sekali. Alhamdulillah menjadi juga walaupun bahan-bahan yang aku gunakan nda ikut resepi pun, main campak ja. Jadilah mee udon Malaysia-Jepun.

Malaysia - Japanese Udon Fusion!

Untuk resepi udon ni, kalau ramai pembaca post ni baru aku post di entry resepi sihat.


03 Disember 2015 (Khamis)


Untuk hari ketiga berturut-turut aku bangun lagi jam 3 pagi untuk membangunkan Kak Ari. Hari ini juga merupakan hari ketiga untuk Kak Ari dan Abang Amin membekalkan makanan untuk rombongan dari Putrajaya. Hujan boleh aku dengar turun di luar, semalamnya pun beberapa kali angin menggegarkan jendela. Kedengaran juga bunyi guruh di kejauhan.


Menu hari ini adalah sandwich telur, nasi goreng dengan ayam karaage dan sayur masak stim. Kak Ari menugaskan aku untuk membuat sandwich telur. Ala bukan susah pun, kopek telur, lecek dengan garfu dan simpan mayonis, siap! Lepas tu sapulah di roti.


Sedang buat sandwich telur. Roti tu memang dorang bawa sendiri dari Putrajaya.

Selepas tu tugasan aku yang seterusnya adalah meletakkan sayur stim ke dalam bento. Setelah selesai aku diminta menghiris-hiris ayam karaage dan meletakkannya juga dalam bento. Setelah semuanya siap barulah aku masukkan nasi goreng yang baru disiapkan Kak Ari.

Sayur-sayur stim dan ayam karaage yang hendak dipotong.


17 buah bento siap!



Lawa ka presentation makanan kami?

Kami memastikan semua pesanan sudah tersedia sebelum berangkat ke Moriguchi. Kami masukkan semuanya di dalam kotak untuk memudahkan penghantaran. Di sini senang betul dapat kotak, kalau beli barang di supermarket memang dorang sediakan kotak untuk kita packing barang belian. Jadi kotak bekas kami angkut barang dari supermarket tu lah yang kami gunakan untuk penghantaran makanan.


Bento, buah oren dan sudu serta tisu dalam kotak.

Sayur dan lauk untuk makan malam rombongan, nasi tambah untuk nasi goreng dan sandwich telur.

Hujan belum juga berhenti ketika aku dan Abang Amin keluar rumah untuk penghantaran makanan. Semalam kami keluar jam 6 lebih manakala hari ini jam 7 lebih. Sepanjang perjalanan hujan tidak berhenti turun. Bagus jugalah hujan turun, pasal suhu tidak terlalu sejuk kalau hujan. 

Mengikut teori Trevor beberapa minggu lepas, dia cakap kalau hujan banyak awan, jadi suhu yang lebih suam terperangap. Entah betul ka nda teori tu aku pun nda tau. Tapi memang ada betulnya juga tu aku rasa.


Selesai penghantaran dan bersarapan, aku tertidur di dalam bilik aku. Sampaikan Abang Amin kena pergi sendiri ke supermarket untuk membeli barangan lagi untuk bento hari Jumaat pula. Kak Ari tinggal di rumah jaga Akil.


Sesudah Asar aku keluar rumah untuk misi mencari penapis kain untuk sup mee udon. Rupanya misi pencarian masih bersambung hehehe. Hala tuju aku adalah kedai Daiso di Senri Chuo.


Dedaunan yang semakin menguning. Di Sonobe hari tu habis sudah daunnya gugur.

Perjalanan ke Senri Chuo kena naik satu anak bukit. Selari dengan laluan pejalan kaki ni adalah rel Osaka Monorail.


Hampir sampai di Senri Chuo. Laluan dilitupi plastik untuk menghalang habuk dari tapak pembinaan.

Susah betul aku cari penapis kain ni. Tiada juga jual di Daiso. Jadi aku tukar misi sekejap untuk mencari bread yang diyakini tiada bahan-bahan meragukan oleh orang Malaysia yang sudah lama menetap di sini. Bread tersebut dijual di kedai roti Little Mermaid, Senri Chuo.



Cari perhentian teksi dekat-dekat sanalah ada kedai ni. Bersebelahnya pula kedai jual takoyaki.

Bread yang boleh orang Islam makan tu boleh kita jumpa di shelf sebelah kanan selepas masuk pintu depan tu. Bread ni ada banyak pilihan potongan dia, ada yang hiris 4, 5, 6 dan ada yang kena hiris nipis betul. Sila gunakan Google Translate untuk baca kandungan bahan dia. Ada yang bukan 4 segi bentuknya, ada liquor kena campur. Yang 4 segi ni lemak sayuran ja kena guna.

Rupa bread dari depan.

Rupa dari belakang. Guna Google Translate ok!

Aku membeli 5 bantal bread ni, ikut arahan Kak Ari. Sebenarnya masa aku beli tu di shelf hanya ada 3 bantal, kurang 3 bantal. Jadi aku minta lagi dua bantal sama pekerja di sana. Yang sioknya aku cakap dalam Bahasa Inggeris, dia dalam Bahasa Jepun. Nasib juga aku faham apa dia cakap dan dia faham apa aku cakap. Kalau nda lain lah kali cerita yang aku taip tadi tu.


Setelah membeli bread, aku menyambung misi mencari penapis kain. Hampir semua kedai 100 yen di Senri Chuo ni aku pusing untuk cari, tapi gagal. Jadi aku pun bergegas pulang kerana hari semakin gelap dan aku mengejar waktu maghrib, takut nda sempat pula sembahyang.


Aku berjalan kaki dengan keadaan yang semakin kelam. Angin bertiup membawa suhu sejuk bersama. Aku tidak memakai sarung tangan dan beanie aku kerana aku ingin membiasakan diri untuk suhu yang lebih sejuk kelak. Aku tidak mahu mensia-siakan latihan di Sonobe, Kyoto dulu.


Shibahara, Toyonaka dalam kekelaman senja.

Aku kelam kabut pulang namun tidak memasang Google Maps aku. Aku rasa kebanyakan lelaki tersedia lahir dengan GPS di dalam diri masing-masing. Mudah mencari arah. Walau laluan yang aku gunakan untuk balik sangat berbeza dari yang aku gunakan untuk pergi aku dapat mencari jalan. Google Maps pun aku gunakan dalam 700 meter terakhir sekadar untuk kepastian. Alhamdulillah sempat aku menunaikan solat Maghrib di rumah.

Sesudah maghrib Kak Ari mengajak makan malam. Satu menu sahaja iaitu tom yam ikan dan sayur serta nasi putih sudah cukup untuk makan malam kami. Memang sangat sedap!



04 Disember 2015 (Jumaat)


For the third consecutive days (cyeh... mukadimah dalam Bahasa Inggeris konon), aku bangun pada jam 3 pagi untuk membangunkan Kak Ari. Menu hari ini adalah nasi putih ayam masak kurma, acar timun dan lobak merah serta limau untuk makan tengahari dan ikan masak masam manis, sayur campur tumis dan pisang untuk makan malam. Biasanya untuk makan malam rombongan Malaysia akan masak nasi sendiri, jadi Kak Ari hanya menyediakan lauk dan sayur.


Tugasan aku diawal pagi adalah membungkus ayam kurma ke dalam plastik. Setelah siap, aku membungkus pula lobak untuk acar. Hirisan timun Kak Ari masukkan terus ke dalam bekas bento. Lobak dan air gula, garam dan cuka tidak dicampur sekali kerana timun akan menjadi lembut jika dicampur awal. Acar itu enak kalau dimakan secara rangup. Nasi adalah yang terakhir sekali aku masukkan ke bekas bento.


Menu makan tengahari.

Kak Ari memasukkan ikan masak masam manis dan sayur campur tumis ke dalam bekas. Aku pula mengira limau dan pisang dan memasukkan ke dalam plastik. Pisang nda cukup pula, jadi terpaksa top up dengan buah limau.


Lauk dan sayur untuk makan malam.

Buah-buahan pencuci mulut.

Kami membuat penghantaran sangat awal hari ini iaitu jam 5 lebih kerana rombongan Malaysia dijangkakan bergerak awal ke Kobe hari ini. Kami tiba awal dan menekan loceng. Ketara betul muka lelaki yang menyambut kami tu baru bangun. Ni la janji Malaysia, menurut tentatif yang kami terima, mereka sepatutnya bertolak ke Kobe jam 7 pagi. Ni jam 6 lebih belum pun bangun kebanyakan dari mereka. Adoi!!! 


Lelaki tadi hanya meletakkan makanan yang kami bawa di kerusi di koridor. Sebelum ni kami terus hantar ke dapur. Mungkin dia malas mau bercerita kalau pergi dapur lagi dan mungkin dia mau sambung tidur. Abang Amin dan aku pun terus bergerak balik.


Melintasi Yodo River untuk balik ke Toyonaka.

Dalam perjalanan balik, Kak Ari telefon aku dan memberitahu cikgu pengiring pelajar-pelajar tu ada telefon dan bagitau yang dorang lupa bagi bekas makanan yang kami hantar kemarin. Pasal jauh sudah jadi malaslah mau berpatah balik untuk ambil. Lagipun esok masih ada delivery ke sana.


Lebih kurang jam 7 pagi kami tiba di rumah. Kak Ari telah siap mengemas barangan yang kami gunakan untuk menyiapkan order tadi. Dia juga menyusun buah Kaki yang diberi keluarga Nana, rakan Jepun Ariana.


Buah Kaki pemberian Nana. Pisang yang tiga tu yang kena reject untuk bento sebab nda mencapai kualiti.

Setelah bersarapan nasi putih dengan ayam kurma dan acar timun dan lobak, aku pun buat acara biasa aku untuk beberapa hari ni... tidur! Tapi nda lama juga aku dapat tidur lagipun aku kena bangun juga untuk jaga Akil sebab Kak Ari ada acara di tadika Akif.


Setelah Kak Ari pergi aku pun mandi dan wudhu. Risau juga sama Akil yang berada seorang diri di ruang tamu masa dengan alat pemanas yang berada di sana ketika aku mandi. Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Aku bersiap dan solat zuhur.


Apabila Kak Ari sampai aku pun segera bersiap untuk menyambung misi mencari penapis kain untuk sup jernih. Susah pula mau cari benda ni. Kalau di Sabah, ampai-ampai (senang sangat cari) bah ni barang di kedai 2 ringgit. Destinasi aku kali ini adalah Konan Home Center. Bila Kak Ari tau yang aku mau ke Konan, dia pun mengirim sabun cuci kain dengan aku dan menyuruh aku membawa duit untuk membeli seberapa banyak sabun Kao Attack yang boleh aku bawa ketika berjalan kaki. 


Sesampai di Konan aku segera mencari sabun cuci yang dipesan Kak Ari. Setelah melihat harganya sebanyak 462 yen (RM 15.70) untuk pek 1.8 liter aku pun mencari double sided tape yang aku mau guna. Nda jumpa yang aku cari dan aku tengok harga double sided tape di Konan ni boleh tahan mahal, aku pun buat keputusan untuk pergi ke kedai 100 yen berdekatan Stesen Hotarugaike pasal aku ada ternampak dorang jual di sana. 


Selalu sangat cerita pasal kedai ni, barulah ada gambarnya hehehe.

Memang ada pun double sided tape tu di sini. Jadi aku pun belilah. Kemudian barulah aku ingat misi utama aku keluar petang tu adalah mencari penapis kain di Konan. Aku menghala terus ke Konan setelah membeli double sided tape.


Perkara pertama yang aku buat semasa sampai di Konan adalah pergi ke bahagian barangan dapur untuk mencari penapis kain. Pusing punya pusing nda juga jumpa. Adoi susahnya cari barang ni... Macam cari rare Pokemon pula! Aku pun kemudiannya membeli sabun cuci kain untuk Kak Ari. Aku membeli 6 pek semuanya pasal aku ada bawa shopping bag yang muat-muat boleh bawa 6 pek. Lagi satu berat tu.. kalau aku beli lebih dari 6 pek yang sudah mencapai 10.8 kg!


Aku bergegas balik sebab Kak Ari dan Abang Amin mau pergi mesyuarat lagi jam 4 petang dan aku perlu menjaga anak-anak buah di rumah. Dalam perjalanan balik ternampak rumah atau bangunan yang punyalah slim. Nda tau siapalah boleh tinggal rumah begitu kecil.


The slimmest building I ever seen.

Dalam jam 4 lebih juga baru dorang Abang Amin dan Kak Ari bergerak dari rumah. Alah, budak-budak ni bukan susah pun jaga. Dorang banyak buat hal kalau ada parents dorang ja. Kalau depan aku lebih toned down sikit dorang punya jajal. Ntah lah kenapa, bukan aku ada belajar pasal psikiatri kanak-kanak pun...


Malamnya Abang Amin, Kak Ari, Aliah dan Akil pergi ke Gyomu Supermarket sementara aku, Ariana dan Akil tinggal di rumah. Ariana dan Akil ni macam anjing dengan kucing kalau ada parents dorang tapi jauh lebih aman damai bila hanya ada aku di rumah. Itulah yang aku boleh tinjau sepanjang aku mengenali dorang ni.


Kak Ari memberikan aku beberapa tugas untuk menu terakhir untuk rombongan Malaysia esok. Tugas senang ja pun, goreng ayam dan blender bawang-bawang dan halia untuk menu ayam masak merah.


Ayam yang sudah direbus, diperap dengan garam dan kunyit, sedia untuk digoreng.

Dalam proses penggorengan ayam.


Bawang-bawang dan halia siap dikisar!

Aku menyiapkan gorengan ayam ngam-ngam masa Kak Ari  tiba dari membeli barang di Gyomu bersama Abang Amin, Aliah dan Akil. Aku segera menyudahkan, mengemas sedikit dan naik ke atas untuk berehat. Aku setkan alarm pada handphone aku sebab aku kena bangun awal lagi untuk kali terakhir esok.


05 Disember 2015 (Sabtu)


Aku bangun lambat! Dalam 4 lebih baru aku terbangun. Memang malamnya aku ada set alarm. Tapi aku rasa dalam mamai aku kasi off alarm tu balik bila dia berbunyi. Aku segera mengejutkan Kak Ari. Alhamdulillah juga hari ni kami menyediakan makanan tengahari sahaja untuk rombongan Malaysia tu. Ayam pun Kak Ari sudah siap masak semalam, jadi tinggal packing saja.

Aku pun memulakan kerja meletakkan nasi putih ke bekas bento sementara Kak Ari masak sayur campur. Selepas siap meletakkan nasi putih aku kautkan pula ayam masak merah ke bekas-bekas bento. Setelah Kak Ari siap masak sayur campur, dia pun terus memasukkan ke ruang kosong yang masih ada pada bekas bento.

Menu terakhir: Nasi putih, ayam masak merah dan sayur campur tumis.

Abang Amin tolong menutup bekas-bekas bento dan aku mengira dan memilih epal hijau yang terbaik untuk rombongan Malaysia.


Abang Amin sedang menutup bekas bento. (Sila abaikan muka baru bangun tu.)


Epal hijau yang melepasi QC.

Siaplah sudah pesanan makanan terakhir kami minggu ni!

Hari ini aku nda ikut menghantar makanan, Kak Ari yang ikut. Yalah Sabtu kan, Kak Ari nda payah tinggal untuk menguruskan anak-anak ke sekolah. Lagipun dia mau berjumpa rakan gurunya semasa di SMK Putrajaya Presint 11(1) dulu.


Dalam jam 9 juga Abang Amin dan Kak Ari balik. Mereka pergi ke Itami Airport lagi untuk menghantar bagasi rombongan Malaysia yang berangkat ke Tokyo pagi itu. Rombongan memberikan sangat banyak makanan kepada Kak Ari dan Abang Amin. Ya lah ndakan dorang mau berangkut bawa makanan-makanan tu naik turun kapal kan...

Makanan-makanan yang diberi.


Murah betul rezeki kami hari ini!

Oleh kerana terlalu banyak makanan, Kak Ari dan Abang Amin mendapat cetusan idea untuk menjamu rakan-rakan mereka di Osaka ni. Betul juga, banyak makanan patut dikongsikan bersama. Kalau kami ja makan memang nda habis ni.


Jadi sepanjang pagi kami bergotong-royong menyediakan makanan dan membersihkan rumah. Kira kenduri house warming jugalah ni disamping majlis kesyukuran 11 tahun ulang tahun perkahwinan Abang Amin dan Kak Ari yang jatuh pada 4 Disember 2015. 

Aku membantu Abang Amin membuang sampah yang sudah berlambak di rumah ni. Susah juga bila kurang tahu jenis sampah apa yang boleh dibuang mengikut hari. Jadi penyelesaian yang Abang Amin dapat adalah membuang sampah di International House, tempat tinggal dorang dulu. Di sana ada rumah-rumah sampah yang mengikut kategori, jadi senang mau buang sampah. Kami lepak sekejap dalam kereta pasal ternampak maintenance guy International House tu. Takut kenapatan la ni orang luar buang sampah di sana hahaha.

Sampai di rumah aku memulakan tugas membuat sandwich seperti permintaan Kak Ari. Aku buat sandwich tuna dan juga sandwich telur. Aku sangat risau untuk meletakkan garam pasal lidah aku masih lidah Sabah yang selalu maukan makanan on the salty side dan bukan lidah Kelantan yang lebih ke arah manis. Lidah Kak Ari aku rasa sudah lebih ke arah Kelantan, ya lah suami kan orang Kelantan jadi mestilah ikut suami. Oleh itu aku kena seimbangkanlah antara manis dan masin untuk sandwich yang aku buat.

Sandwich tuna dan Sandwich telur. Hopefully the tastes were on the right balance.

Dalam jam 1 petang juga semua makanan dan minuman sudah kami sediakan. Buah-buahan seperti pisang, Kaki, epal merah dan epal hijau juga turut kami hidangkan sebagai pencuci mulut.


Ayam masak sambal, sayur campur tumis, ayam masak lemak dan ikan masak masam manis. Minuman jus epal dan jus oren serta teh o.

Ramai juga tetamu yang hadir. Macam open house raya pun iya juga. Seronok rasanya menerima ramai tetamu! Tapi aku macam biasa, kan pemalu.. (iya la sangat) lebih banyak diam ja. Kalau ditanya baru menjawab hehehe.



Antara tetamu yang hadir.

Meriah macam Hari Raya!

Kebanyakannya orang Kelantan, biasalah memang bijak pandai sokmo.

Tetamu kami yang terakhir adalah Rias dan keluarga yang datang diwaktu malam. Hehehe betul-betul house warming ni dari petang ke malam. Overall a very great day!


06 Disember 2015 (Ahad)

Terbangun jam 5.30 pagi sebab sudah set alarm. Nasib juga set alarm kalau nda memang terlajak tidur pasal kepenatan dengan hari yang panjang kelmarin. Aku segera bangun dan bersedia menunaikan solat subuh. Setelah solat subuh aku tidur semula, mungkin membayar semula tidur yang berkurangan sejak beberapa hari lepas.

Hari ini aku bersarapan sandwich tuna dengan mee goreng. Memang best juga sarapan mee goreng pagi-pagi ni.

Tuna + mayonis + cili padi jeruk = sorga!


Lama sudah nda makan mee goreng... terima kasih Kak Ari!

Abang Amin, Aliah dan Ariana balik dari Sakuraidani Elementary School dengan membawa pulang mochi (kuih tradisional Jepun). Memang ada program memperkenalkan kuih tu kepada pelajar sekolah di sana.


Kinako (soybean flour) Mochi. 


Plain Mochi.

Rasa kuih mochi ni seakan-akan kuih gatas kalau di Sabah. Yang membezakannya adalah kuih gatas digoreng dan disalut gula. Kuih mochi pula kadang kena broil atau stim.


Selepas zuhur aku pun masuk tidur. Hehehe bestlah bah tidur siang-siang ni... Kalau dietitian dan doktor aku tau ni, mesti dorang geleng-geleng kepala. Ok minggu depan insya Allah aku rajin lagi berjalan dan berbasikal.

Dalam jam 3 petang jugalah baru aku terjaga. Check handphone tengok mesej Kak Ari mengajak makan ambuyat jam 2 petang tadi. Jadi aku pun turun ke bawah. Aku berwudhu dan solat Asar dulu barulah aku buat cicah ambuyat dan menumpah ambuyat.

Menu makan tengahari lewat yang paling awesome!

Hanya aku, Kak Ari dan Aliah yang makan ambuyat tu. Ariana dan Akif sibuk dengan laptop dan iPad. Akil pula tidur masa tu. Kak Ari bagitau aku lepas maghrib kami akan pergi ke satu tempat yang ada light show.


Setelah kami semua menunaikan solat maghrib barulah kami bergerak ke destinasi. Sebelum ke tempat dituju, kami singgah terlebih dahulu ke Gyomu Supermarket untuk membeli ayam untuk menu bento permintaan khas pelanggan Kak Ari dan Abang Amin. Abang Amin ja yang turun beli ayam tu sementara kami semua tunggu di kereta.

Perjalanan kami sambung ke destinasi iaitu Nagai Botanical Garden yang terletak di bandar Osaka. Kami tiba di destinasi dengan disambut suhu sejuk. 

Banner untuk 2015 Garden Illumination.

300 meter ke pintu masuk.

Yuran masuk untuk dewasa adalah 500 yen atau RM 17, manakala untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas adalah 300 yen (RM 10.20).

Abang Amin sedang membeli tiket di mesin tiket.

Sebelum masuk ke dalam taman botani kami diberikan kalendar 2016 setiap satu. Masuk ja terus disambut dengan cahaya berwarna warni dari lampu-lampu yang dipasang menghiasi taman.


Pandangan dari pintu masuk.

Abang Amin, Kak Ari dan anak-anak. Sorrylah, kamera murah bah... nda nampak muka.

Gerbang yang dihiasi lampu LED.

Pokok-pokok turut di sinari lampu yang berubah warna.

Gambar kenangan Abang Amin sekeluarga.

Pelbagai jenis binatang dari lampu berwarna warni.

Rusa yang glow in the dark hehehe.

Gerbang bentuk cinta di hadapan Osaka Museum of Natural History yang terdapat di taman.

Pokok dengan bebola Dragon Balls.

Flower bed yang dihiasi lampu.

Kami meninggalkan Taman Botani dengan perasaan sedikit hampa. Kami jangkakan display cahaya yang lebih gah atau grand bilang orang putih. Tapi rasanya dengan tiket 500 yen memang berbaloilah pergi sini. Masa di Sonobe, Kyoto dulu ada juga light show di Ruri River Hot Spring dengan harga tiket 1000 yen. Tapi kami nda pergi lah sebab kalau malam memang palui tu mau keluar dengan suhu sejuk di sana. Tapi mungkin shownya berbaloi dengan harga tiket, but I'll never know...


To be continued: Japan Story - Week 7

No comments:

Post a Comment